Tag - Jenazah

Timah binti Rokiah

16 April 2024 : Jenazah Perempuan Dewasa

3.30 pagi saya terjaga, phone berbunyi. Ada orang call tapi tak sempat nak angkat. Saya call balik, dapat perkhabaran ibunya baru sahaja meninggal dunia. Beliau meminta bantuan saya untuk urusan jenazah. Saya katakan InsyaAllah, nanti saya call balik ya. Ni semua masih tido lagi ni.

5.00 pagi saya mesej pemandu van jenazah Muhammad Ikhwan Yahaya, bagi tahu memerlukan khidmat van jenazah, ambik jenazah dari Hospital KPJ Seremban bawa balik kerumah.

5.30 pagi sampai di masjid dan ternampak siak tengah sapu lantai. Saya bagi tahu makcik Timah dah meninggal dunia. Saya nak ke bilik jap. Senyum dia. Hati2 bang. Hehehe. Bukak bilik dan bersihkan apa yang patut. Macam biasa banyak taik cicak.

7.30 pagi selepas hantar anak ke sekolah, nampak van jenazah masuk simpang, cantik masanya, ngam2 van sampai kerumah saya pun sampai. Beri penjelasan kepada keluarga aturan pengurusan jenazah.

8.00 pagi baru plan nak g sarapan tapi terfikir bilik tak habis kemas lagi. Terus ke masjid dan buat persiapan tuk mandi dan kafan dan mandi jenazah

9.30 pagi jenazah sampai dan proses mandi dan kafan bermula

10.30 pagi Solat jenazah

11.00 pagi Hantar jenazah ke Perkuburan Islam Senawang. Sampai dikubur, saya disapa oleh penyelia kubur. Maaf Imam, tanah agak teruk, jadi mungkin sukar sikit nak kebumi nanti. Saya pun turun bawah, tengok keadaan memang agak teruk. 90% tanah lembik dan berair. Tengok liang lahad pun tak mcm biasa, teraju sikit je dalam nya.

Bawak turun jenazah, tanah sana sini lembik, sampai termasuk separuh kaki dalam tanah. Jadi uruskan mana yang mampu dan perlahan-lahan. Selesai meletakkan jenazah, susun papan menegak dan kambus tanah. Proses kambus tanah ambil masa agak lama. Saya pun bantu bila tengok waris dah kepenatan.

11.45 pagi baru selesai kambus tanah. Terus baca talkin dan doa. selesai je salam-salam dengan waris dan balik kemasjid untuk kemaskan bilik.

12.15 tengahari siap kemas semua dan pulang ke rumah.

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Moga Allah mengampuni segala dosa-dosa arwah.

Alhamdulillah selesai urusan fardhu kifayah almarhumah Timah binti Rokiah. Banyak sungguh kelemahan dan moga Allah mengampuni saya akan kelemahan ini.

Team Geng Amal Kifayah Seremban :

  • Pn Hawatif : Mandi dan kafan
  • Ustaz Adul : Talkin dan Doa
  • Ikhwan : Pemandu Van Jenazah

Untuk perkhidmatan jenazah, urus dahulu baru bincang, hubungi

  • Bilal Alif : 017-652 5446
  • Ikhwan : 019-677 5811
  • Zahrul : 019-626 9502

Rahim Bin Baba

02 Mei 2024 : Jenazah Lelaki Dewasa

6.30 petang dapat panggilan ada kematian di HTJ, memerlukan bantuan mandi dan kafan. Awalnya saya fikir, ada team yang akan buat, tetapi bila saya diminta hadir sama, saya pun fikir boleh bantu sebab tak bertugas di masjid. Selepas maghrib terus bergerak ke HTJ dan bila sampai saya lihat ada ustaz sedang memandikan jenazah. Saya masuk dalam bilik. menyapa ustaz dan saya terus bentang dan susun kain kafan.

Saya dibagi tahu, diminta temankan pemandu untuk hantar jenazah ke Palong 6, InsyaAllah boleh. Alasan apa-apahal saya ada, saya balas, mungkin saya akan lari dulu. hehehe. Sedang saya melihat waris memandikan jenazah, ustaz datang kepada saya, minta saya sambungkan kerena beliau agak kesedihan, arwah ni bapak saudara dia, dan dia ingin belajar dari saya. Allah.

Saya pun sambung sehingga selesai bab mandi dan kemudian saya kafankan jenazah. Dah selesai katanya banyak yang dia belajar. Saya balas, kalau saya ada silap minta ditegur ya. Biasalah manusia banyak silapnya, banyak lupanya dan banyak angannya. Saya minta beliau mengimamkan solat jenazah, dah selesai terus hantar jenazah ke Palong 6. Perjalanan ambik masa 2 jam lebih dan jam 11 malam sampa di Palong 6. Selesai urusan solat jenazah di rumah arwah, terus bawa ke tanah perkuburan.

Trip kali ni 3 orang ikut sama, jadi bila dah turun jenazah, semua kelaparan. Saya cakap, selesai kebumi ni, saya jumpa waris dan kita balik. Alhamdulillah dapat jumpa anak arwah, dan kami minta izin pulang ke Serembam. Singgah kedai makan di Pekan Pasir Besar, makan apa yang patut. Bila otw balik, lalu kampong saya, Kampung Baru Rompin dan saya tunjukkan rumah kg saya.

Bila balik saya duduk belakang, sebelah keranda. Dalam hati saya cakap, pedulilah apa pun yang berlaku, saya nak tido, kepenatan. Ada unsur mistik tapi saya abaikan. Sedar je dah sampai HTJ. Jam 2 pagi. Terus balik rumah.

Alhamdulillah, Allah mudahkan urusan kami malam tadi. Semua berjalan dengan lancar. Bermula jam 8 malam selesai jam 2 pagi.

Team Geng Amal Kifayah Seremban :
  • Jamil : Pemandu Van Jenazah
  • Ustaz Adul : Mandi dan Kafan
  • Ikhwan : Mandi dan Kafan

Moga Allah merahmati dan mengampunkan dosa-dosa arwah. Amin

Untuk perkhidmatan jenazah, urus dahulu baru bincang, hubungi

  • Bilal Alif : 017-652 5446
  • Ikhwan : 019-677 5811
  • Zahrul : 019-626 9502

Nik Embong Binti Nik Ismail

04 Mei 2024 : Jenazah Perempuan Dewasa

Menerima panggilan untuk membawa 1 jenazah perempuan dari rumah arwah di Chemara Hill ke surau Taman Permai untuk mandi, kafan, solat jenazah dan kemudian menghantar ke Perkuburan Ainsdale.

Team Geng Amal Kifayah Seremban :

  • Ikhwan : Pemandu Van Jenazah
  • Ustaz Adul : Imam solat jenazah dan mambaca talkin di kubur

Moga Allah merahmati dan mengampunkan dosa-dosa arwah. Amin

Untuk perkhidmatan jenazah, urus dahulu baru bincang, hubungi

  • Bilal Alif : 017-652 5446
  • Ikhwan : 019-677 5811
  • Zahrul : 019-626 9502

Penggalian Kubur Rasah

05 Mei 2024

Khidmat kami diperlukan untuk menggali 1 kubur di Tanah Perkuburan Segantang Lada, Rasah

Team Geng Amal Kifayah Seremban :

  • Zahrul, Ikhwan menggali kubur
  • Jamil dan Muhd Haziq Pemandu van jenazah

Moga Allah merahmati dan menampunkan dosa-dosa arwah. Amin

Untuk perkhidmatan jenazah, urus dahulu baru bincang, hubungi

  • Bilal Alif : 017-652 5446
  • Ikhwan : 019-677 5811
  • Zahrul : 019-626 9502

Siti Haiza Binti Amnah

11 MEI 2024 | Jenazah Perempuan Dewasa

Penghantaran jenazah wanita daripada Hospital Jempol ke Taman Matahari Indah, Senawang

Jenazah yang selesai dibedah siasat kerana kemalangan, dimandi dan dikafankan oleh tukang mandi hospital. Sebelum jenazah di bawa balik ke rumah, jenazah disolatkan oleh Ustaz Adul dan waris di hospital.

Ia kerana dikhuatiri jika tidak disolatkan, darah akan keluar kerana perjalanan agak jauh dan jika darah terkena kepada kain kafan, ia sudah menjadi najis dan perlu dimandikan semula. Jadi dengan menyolatkan jenazah ini, kefardhuan solat jenazah sudah terangkat, dan jika berdarah dikain kafan ia tidak mengapa. Solat jenazah seterusnya adalah sebagai syafaat kepada jenazah sahaja

Khidmat Geng Amal Kifayah Seremban:

  • Van Jenazah
  • Pemandu : Saudara Ikhwan
  • Solat Jenazah : Ustaz Adul

Moga Allah merahmati dan mengampunkan dosa-dosa arwah. Amin

Untuk perkhidmatan jenazah, urus dahulu baru bincang, hubungi

  • Bilal Alif : 017-652 5446
  • Ikhwan : 019-677 5811
  • Zahrul : 019-626 9502

Nur Asmahan Binti Abdul Kadir

11 MEI 2024 | Jenazah Perempuan Dewasa

Penghantaran jenazah wanita daripada Hospital Mawar ke Masjid Lavender Height

Khidmat GAKS:

  • Van Jenazah
  • Pemandu : Saudara Ikhwan

Moga Allah merahmati dan mengampunkan dosa-dosa arwah. Amin

Untuk perkhidmatan jenazah, urus dahulu baru bincang, hubungi

  • Bilal Alif : 017-652 5446
  • Ikhwan : 019-677 5811
  • Zahrul : 019-626 9502