Tag - TamanGuru

Timah binti Rokiah

16 April 2024 : Jenazah Perempuan Dewasa

3.30 pagi saya terjaga, phone berbunyi. Ada orang call tapi tak sempat nak angkat. Saya call balik, dapat perkhabaran ibunya baru sahaja meninggal dunia. Beliau meminta bantuan saya untuk urusan jenazah. Saya katakan InsyaAllah, nanti saya call balik ya. Ni semua masih tido lagi ni.

5.00 pagi saya mesej pemandu van jenazah Muhammad Ikhwan Yahaya, bagi tahu memerlukan khidmat van jenazah, ambik jenazah dari Hospital KPJ Seremban bawa balik kerumah.

5.30 pagi sampai di masjid dan ternampak siak tengah sapu lantai. Saya bagi tahu makcik Timah dah meninggal dunia. Saya nak ke bilik jap. Senyum dia. Hati2 bang. Hehehe. Bukak bilik dan bersihkan apa yang patut. Macam biasa banyak taik cicak.

7.30 pagi selepas hantar anak ke sekolah, nampak van jenazah masuk simpang, cantik masanya, ngam2 van sampai kerumah saya pun sampai. Beri penjelasan kepada keluarga aturan pengurusan jenazah.

8.00 pagi baru plan nak g sarapan tapi terfikir bilik tak habis kemas lagi. Terus ke masjid dan buat persiapan tuk mandi dan kafan dan mandi jenazah

9.30 pagi jenazah sampai dan proses mandi dan kafan bermula

10.30 pagi Solat jenazah

11.00 pagi Hantar jenazah ke Perkuburan Islam Senawang. Sampai dikubur, saya disapa oleh penyelia kubur. Maaf Imam, tanah agak teruk, jadi mungkin sukar sikit nak kebumi nanti. Saya pun turun bawah, tengok keadaan memang agak teruk. 90% tanah lembik dan berair. Tengok liang lahad pun tak mcm biasa, teraju sikit je dalam nya.

Bawak turun jenazah, tanah sana sini lembik, sampai termasuk separuh kaki dalam tanah. Jadi uruskan mana yang mampu dan perlahan-lahan. Selesai meletakkan jenazah, susun papan menegak dan kambus tanah. Proses kambus tanah ambil masa agak lama. Saya pun bantu bila tengok waris dah kepenatan.

11.45 pagi baru selesai kambus tanah. Terus baca talkin dan doa. selesai je salam-salam dengan waris dan balik kemasjid untuk kemaskan bilik.

12.15 tengahari siap kemas semua dan pulang ke rumah.

Ya Allah. Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Moga Allah mengampuni segala dosa-dosa arwah.

Alhamdulillah selesai urusan fardhu kifayah almarhumah Timah binti Rokiah. Banyak sungguh kelemahan dan moga Allah mengampuni saya akan kelemahan ini.

Team Geng Amal Kifayah Seremban :

  • Pn Hawatif : Mandi dan kafan
  • Ustaz Adul : Talkin dan Doa
  • Ikhwan : Pemandu Van Jenazah

Untuk perkhidmatan jenazah, urus dahulu baru bincang, hubungi

  • Bilal Alif : 017-652 5446
  • Ikhwan : 019-677 5811
  • Zahrul : 019-626 9502